Sunday, 16 October 2011

REVIEW TEATER THE SECRET LIFE OF NORA

SINOPSIS

Teater The Secret Life Of Nora adalah mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nora yang merupakan seorang penyanyi dan juga penari terkenal di negeri Pulau Pinang. Nora melakukan aktiviti menyanyi di panggung kepunyaannya sendiri dan mendapat sambutan yang hangat daripada seluruh lapisan masyarakat dengan suaranya yang merdu dan rupa parasnya yang cantik. walaupun kehidupan nora amat dicemburui oleh gadis-gadis lain, namun semua itu tidak menjadi penghalang bagi nora. Dalam masa yang sama, Nora telah mendapat surat tawaran daripada luar negara yang mengatakan bahawa Nora akan dijadikan penyanyi yang terkenal disana. Tanpa melengahkan masa, Nora telah mempersetujui tawaran tersebut dengan harapan kegemilangannya akan terus bersinar suatu hari nanti.
setelah beberapa hari, akhirnya Nora dapat mengetahui hal yang sebenar bahawa dia hanya digunakan oleh Roger dan angkatan-angkatannya hanya untuk dijadikan spy atau pengintip dalam menjejaki aktiviti haram yang dilakukan oleh Mr. J yang telah banyak mengorbankan gadis-gadis dan turut sama melibatkan kawan Nora iaitu Betty. Pada awalnya Nora tidak bersetuju tetapi setelah melibatkan kawannya, nora bersetuju untuk dijadikan pengintip Mr.J.
oleh kerana Nora seorang yang bijak, pelbagai usaha telah dilakukan dan akhirnya dia dapat bersemuka dengan Mr.J. Disitulah Nora mendapat maklumat yang Mr.J adalah merupakan kawannya pada masa dahulu. dan dia berdendam dengan semua gadis kerana Nora pernah menolak cintanya pada masa dahulu. semua gadis yang diculik oleh Mr.J telah dijadikan Patung yang berpakaian pengantin dan disimpan didalam kotak khas. Akan tetapi, segalanya berjalan dengan lancar apabila Nora berjaya merampas pistol daripada Mr. J dan memusnahkan mesin ciptaannya dan sekaligus dapat menangkap Mr.J diatas tindakannya itu. Dan bibik-bibik percintaan telah berlaku antara Roger dan juga Nora walaupun mereka terpaksa berpisah namun, akhirnya mereka bertemu kembali.

REVIEW
 Teater The Secret Life Of Nora adalah teater kedua terhebat, terbesar,terkenal yang pernah saya saksikan. Pada pendapat saya, teater ini amatlah menarik kerana kehebatannya terletak pada banyak sudut. Salah satunya ialah  pelakon. Pelakon dalam cerita ini bukanlah calang-calang orang. Adibah Nor sebagai Khatijah, Tony Eusoff sebagai Farouk, Ryan Silverman sebagai Roger dan Aznil Nawawi sebagai Mr J dan idak ketinggalan Datin Tiara Jacquelina sebagai Nora yang merupakan watak utama dalam teater ini dan turut merupakan orang terbesar dalam menjayakan pementasan teater ini.
       Kehadiran pelakon terhebat seperti Adibah Nor telah mencuit hati segelintir penonton dengan karenahnya yang kelakar dan telah menceriakan suasana dalam teater tersebut. manakala kehadiran Aznil Hj Nawawi pula juga membuat penonton tertawa riang dengan sikapnya dan kelemahan pada dirinya yang tidak dapat menyebut huruf "r". contoh yang paling ketara yang dapat saya jelaskan ialah Aznil memanggil Nora dengan nama "Noa". Ryan silverman, merupakan hero dalam teater ini telah menarik minat penonton melalui kehensemannya dan juga sikapnya yang penyayang dan baik hati. Semua pelakon dalam cerita ini telah memainkan watak masing-masing dengan baik sekali

.
        Dapat dilihat lagi ialah kostume. Kostume yang digunakan dalam pementasan teater ini sungguh menawan dan amat sesuai dengan setiap babak yang dipersembahkan. Yang paling menarik ialah kostume yang dipakai oleh penari-penari, warnanya amat menyerlah dan mencerikaan suasana seperti penonton pun turut sama dalam tarian tersebut. Seterusnya saya tertarik dengan tempat duduk Aznil iaitu kerusi yang berbentuk love. Pada awalnya saya sudah dapat menilai yang Aznil adalah seorang yang penyayang dalamannya. Kostume yang paling banyak digunakan dalam teater ini adalah melalui watak Nora , Pada hampir setiap babak dia menggunakan kostume yang berlainan.
Selain itu, dari segi pencahayaan pula, cahaya yang digunakan juga amat sesuai dengan setiap suasana atau situasi yang ingin disampaikan. Berbagai-bagai warna cahaya yang digunakan ketika babak Nora menyanyi dan menari, ini bagi menimbulkan keceriaan pada situasi tersebut.

Dalam teater ini juga terdapat banyak aksi bahaya yang dipertontonkan. Datin Tiara berani mempertaruhkan dirinya dalam menghadapi segala risiko-risiko bahaya tersebut. Begitu juga dengan penari gimnastik yang turut melakukan aksi yang bahaya. Namun, tidaklah perlu dibimbangkan kerana segala keselamatan telah dikawal terlebih dahulu. Aksi bahaya sebegitu juga turut menarik minat para penonton. Begitu juga dengan set atau props yang digunakan dalam teater ini. Set yang digunakan amat sesuai dengan gaya teater. Saya tertarik sangat dengan set iaitu television yang digunakan, saya berfikir, bagaimana set sebegitu boleh terfikir ingin dilakukan kerana ianya cukup unit dengan jalan cerita yang berkonsepkan ejen. Selain itu, set lain iaitu bekas isi air yang dituang atau diambil daripada buku. bagi saya iti amat menarik perhatian para penonton.
        
         Tetapi hanya terdapat satu kekurangan yang saya dapat lihat iaitu bahasa yang digunakan melalui watak orang jepun semasa scene memperkenalkan negara-negara luar. Wanita jepun tersebut memperkatakan "moshi-moshi" sedangkan "moshi-moshi" hanya digunakan untuk perbualan dalam telefon sahaja. Kesalahan ini dapat diperkukuhkan lagi apabila salah seorang penduduk malaysia yang telah lama menetap di Jepun berkata sedemikian juga.
          Secara keseluruhannya dapat dikatakan bahawa teater The Secret Life Of Nora merupakan satu kejayaan terbesar lagi buat Datin Tiara Jaquelina dengan gaya pementasan, jalan cerita dan juga segala kehebatan yang ada.


  

No comments:

Post a Comment