Sunday, 23 October 2011

Perbezaan antara Teater Juta-Juta dan Teater The Secret Life Of Nora

        Setiap teater mempunyai perbezaannya yang tersendiri, begitu juga dengan teater The Secret Life of Nora dan juga teater Juta-Juta. Disini saya ingin berkongsi sedikit perbezaan antara kedua-dua teater ini. Dari segi penglihatan saya, kedua-dua teater ini amat lah ketara perbezaannya terutamanya dari segi tempat atau ruang pementasan. Istana Budaya adalah salah satu ruang pentas yang berskala besar jika dibandingkan dengan stor Dewan bahasa dan pustaka. Teater The Secret Life Of Nora mungkin telah ditontonkan oleh ribuan penonton kerana ruang yang digunakan adalah tempat tumpuan para penonton teater iaitu istana budaya. Manakala, teater Juta-juta pula hanya dipentaskan di stor Dewan bahasa dan pustaka dimana ruangnya jauh berbeza dengan istana budaya seperti "enggan dengan pipit".
         Seterusnya ialah perbezaan dari segi kostume. saya dapat lihat kostume yang digunakan oleh kedua-dua teater berbeza. Warna dan juga jumlah kostume yang digunakan adalah lebih menarik pada Teater The Secret Life Of Nora.  Kostume telah ditukar hampir setiap adegan atau babak yang dipentaskan. Manakala, dalam teater Juta-Juta pula ianya hanya menggunakan beberapa bentuk kostume sahaja bersesuaian dengan pelakon yang hanya melibatkan tiga orang sahaja.
         Disini juga dapat dibezakan lagi dari segi penglibatan pelakon dalam kedua-dua pementasan tersebut. sekiranya ruang pentas besar semestinya menggunakan pelakon yang ramai,begitulah juga dengan teater The Secret Life of Nora yang melibatkan lima orang watak penting manakala dalam teater Juta-Juta hanya melibatkan tiga orang pelakon sahaja daripada awal sampai akhir pementasan. pelakon dalam teater The Secret Life of Nora juga turut melibatkan pelakon luar negara yang membawa watak sebagai Roger. Manakala, teater Juta-Juta pula melibatkan penuntut IPTA dan juga Aswara.
        Tambahannya lagi, dari segi set yang digunakan dalam kedua-dua teater juga menampakkan perbezaan yang ketara.  Set dalam teater Juta-Juta hanyalah beberapa set sahaja yang digunakan sepanjang masa dengan hanya menukarkan kedudukan dan juga bentuk fizikal berdasarkan kegunaan. Sebaliknya, teater The Secret Life of Nora pula menggunakan pelbagai bentuk set bagi membuat penonton merasai situasi yang sebenar dalam teater tersebut. Ini mungkin melibatkan kos atau bajet.
        Walau bagaimanapun, sekiranya ditanya pendapat saya, saya lebih tertarik dengan pementasan teater Juta-Juta kerana jalan cerita dan juga kesungguhan pelakon lebih terserlah walaupun hanya dipentaskan di Stor Dewan Bahasa Dan Pustaka sahaja. 
secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa terdapat pelbagai perbezaan antara kedua-dua teater ini.  Kualiti harus diutamakan, kepuasan harus dicapai. Walau apa pun, teater adalah terbaik dalam persada seni. Sekian.......

No comments:

Post a Comment