Sunday, 23 October 2011

Perbezaan antara Teater Juta-Juta dan Teater The Secret Life Of Nora

        Setiap teater mempunyai perbezaannya yang tersendiri, begitu juga dengan teater The Secret Life of Nora dan juga teater Juta-Juta. Disini saya ingin berkongsi sedikit perbezaan antara kedua-dua teater ini. Dari segi penglihatan saya, kedua-dua teater ini amat lah ketara perbezaannya terutamanya dari segi tempat atau ruang pementasan. Istana Budaya adalah salah satu ruang pentas yang berskala besar jika dibandingkan dengan stor Dewan bahasa dan pustaka. Teater The Secret Life Of Nora mungkin telah ditontonkan oleh ribuan penonton kerana ruang yang digunakan adalah tempat tumpuan para penonton teater iaitu istana budaya. Manakala, teater Juta-juta pula hanya dipentaskan di stor Dewan bahasa dan pustaka dimana ruangnya jauh berbeza dengan istana budaya seperti "enggan dengan pipit".
         Seterusnya ialah perbezaan dari segi kostume. saya dapat lihat kostume yang digunakan oleh kedua-dua teater berbeza. Warna dan juga jumlah kostume yang digunakan adalah lebih menarik pada Teater The Secret Life Of Nora.  Kostume telah ditukar hampir setiap adegan atau babak yang dipentaskan. Manakala, dalam teater Juta-Juta pula ianya hanya menggunakan beberapa bentuk kostume sahaja bersesuaian dengan pelakon yang hanya melibatkan tiga orang sahaja.
         Disini juga dapat dibezakan lagi dari segi penglibatan pelakon dalam kedua-dua pementasan tersebut. sekiranya ruang pentas besar semestinya menggunakan pelakon yang ramai,begitulah juga dengan teater The Secret Life of Nora yang melibatkan lima orang watak penting manakala dalam teater Juta-Juta hanya melibatkan tiga orang pelakon sahaja daripada awal sampai akhir pementasan. pelakon dalam teater The Secret Life of Nora juga turut melibatkan pelakon luar negara yang membawa watak sebagai Roger. Manakala, teater Juta-Juta pula melibatkan penuntut IPTA dan juga Aswara.
        Tambahannya lagi, dari segi set yang digunakan dalam kedua-dua teater juga menampakkan perbezaan yang ketara.  Set dalam teater Juta-Juta hanyalah beberapa set sahaja yang digunakan sepanjang masa dengan hanya menukarkan kedudukan dan juga bentuk fizikal berdasarkan kegunaan. Sebaliknya, teater The Secret Life of Nora pula menggunakan pelbagai bentuk set bagi membuat penonton merasai situasi yang sebenar dalam teater tersebut. Ini mungkin melibatkan kos atau bajet.
        Walau bagaimanapun, sekiranya ditanya pendapat saya, saya lebih tertarik dengan pementasan teater Juta-Juta kerana jalan cerita dan juga kesungguhan pelakon lebih terserlah walaupun hanya dipentaskan di Stor Dewan Bahasa Dan Pustaka sahaja. 
secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa terdapat pelbagai perbezaan antara kedua-dua teater ini.  Kualiti harus diutamakan, kepuasan harus dicapai. Walau apa pun, teater adalah terbaik dalam persada seni. Sekian.......

Sunday, 16 October 2011

REVIEW TEATER THE SECRET LIFE OF NORA

SINOPSIS

Teater The Secret Life Of Nora adalah mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nora yang merupakan seorang penyanyi dan juga penari terkenal di negeri Pulau Pinang. Nora melakukan aktiviti menyanyi di panggung kepunyaannya sendiri dan mendapat sambutan yang hangat daripada seluruh lapisan masyarakat dengan suaranya yang merdu dan rupa parasnya yang cantik. walaupun kehidupan nora amat dicemburui oleh gadis-gadis lain, namun semua itu tidak menjadi penghalang bagi nora. Dalam masa yang sama, Nora telah mendapat surat tawaran daripada luar negara yang mengatakan bahawa Nora akan dijadikan penyanyi yang terkenal disana. Tanpa melengahkan masa, Nora telah mempersetujui tawaran tersebut dengan harapan kegemilangannya akan terus bersinar suatu hari nanti.
setelah beberapa hari, akhirnya Nora dapat mengetahui hal yang sebenar bahawa dia hanya digunakan oleh Roger dan angkatan-angkatannya hanya untuk dijadikan spy atau pengintip dalam menjejaki aktiviti haram yang dilakukan oleh Mr. J yang telah banyak mengorbankan gadis-gadis dan turut sama melibatkan kawan Nora iaitu Betty. Pada awalnya Nora tidak bersetuju tetapi setelah melibatkan kawannya, nora bersetuju untuk dijadikan pengintip Mr.J.
oleh kerana Nora seorang yang bijak, pelbagai usaha telah dilakukan dan akhirnya dia dapat bersemuka dengan Mr.J. Disitulah Nora mendapat maklumat yang Mr.J adalah merupakan kawannya pada masa dahulu. dan dia berdendam dengan semua gadis kerana Nora pernah menolak cintanya pada masa dahulu. semua gadis yang diculik oleh Mr.J telah dijadikan Patung yang berpakaian pengantin dan disimpan didalam kotak khas. Akan tetapi, segalanya berjalan dengan lancar apabila Nora berjaya merampas pistol daripada Mr. J dan memusnahkan mesin ciptaannya dan sekaligus dapat menangkap Mr.J diatas tindakannya itu. Dan bibik-bibik percintaan telah berlaku antara Roger dan juga Nora walaupun mereka terpaksa berpisah namun, akhirnya mereka bertemu kembali.

REVIEW
 Teater The Secret Life Of Nora adalah teater kedua terhebat, terbesar,terkenal yang pernah saya saksikan. Pada pendapat saya, teater ini amatlah menarik kerana kehebatannya terletak pada banyak sudut. Salah satunya ialah  pelakon. Pelakon dalam cerita ini bukanlah calang-calang orang. Adibah Nor sebagai Khatijah, Tony Eusoff sebagai Farouk, Ryan Silverman sebagai Roger dan Aznil Nawawi sebagai Mr J dan idak ketinggalan Datin Tiara Jacquelina sebagai Nora yang merupakan watak utama dalam teater ini dan turut merupakan orang terbesar dalam menjayakan pementasan teater ini.
       Kehadiran pelakon terhebat seperti Adibah Nor telah mencuit hati segelintir penonton dengan karenahnya yang kelakar dan telah menceriakan suasana dalam teater tersebut. manakala kehadiran Aznil Hj Nawawi pula juga membuat penonton tertawa riang dengan sikapnya dan kelemahan pada dirinya yang tidak dapat menyebut huruf "r". contoh yang paling ketara yang dapat saya jelaskan ialah Aznil memanggil Nora dengan nama "Noa". Ryan silverman, merupakan hero dalam teater ini telah menarik minat penonton melalui kehensemannya dan juga sikapnya yang penyayang dan baik hati. Semua pelakon dalam cerita ini telah memainkan watak masing-masing dengan baik sekali

.
        Dapat dilihat lagi ialah kostume. Kostume yang digunakan dalam pementasan teater ini sungguh menawan dan amat sesuai dengan setiap babak yang dipersembahkan. Yang paling menarik ialah kostume yang dipakai oleh penari-penari, warnanya amat menyerlah dan mencerikaan suasana seperti penonton pun turut sama dalam tarian tersebut. Seterusnya saya tertarik dengan tempat duduk Aznil iaitu kerusi yang berbentuk love. Pada awalnya saya sudah dapat menilai yang Aznil adalah seorang yang penyayang dalamannya. Kostume yang paling banyak digunakan dalam teater ini adalah melalui watak Nora , Pada hampir setiap babak dia menggunakan kostume yang berlainan.
Selain itu, dari segi pencahayaan pula, cahaya yang digunakan juga amat sesuai dengan setiap suasana atau situasi yang ingin disampaikan. Berbagai-bagai warna cahaya yang digunakan ketika babak Nora menyanyi dan menari, ini bagi menimbulkan keceriaan pada situasi tersebut.

Dalam teater ini juga terdapat banyak aksi bahaya yang dipertontonkan. Datin Tiara berani mempertaruhkan dirinya dalam menghadapi segala risiko-risiko bahaya tersebut. Begitu juga dengan penari gimnastik yang turut melakukan aksi yang bahaya. Namun, tidaklah perlu dibimbangkan kerana segala keselamatan telah dikawal terlebih dahulu. Aksi bahaya sebegitu juga turut menarik minat para penonton. Begitu juga dengan set atau props yang digunakan dalam teater ini. Set yang digunakan amat sesuai dengan gaya teater. Saya tertarik sangat dengan set iaitu television yang digunakan, saya berfikir, bagaimana set sebegitu boleh terfikir ingin dilakukan kerana ianya cukup unit dengan jalan cerita yang berkonsepkan ejen. Selain itu, set lain iaitu bekas isi air yang dituang atau diambil daripada buku. bagi saya iti amat menarik perhatian para penonton.
        
         Tetapi hanya terdapat satu kekurangan yang saya dapat lihat iaitu bahasa yang digunakan melalui watak orang jepun semasa scene memperkenalkan negara-negara luar. Wanita jepun tersebut memperkatakan "moshi-moshi" sedangkan "moshi-moshi" hanya digunakan untuk perbualan dalam telefon sahaja. Kesalahan ini dapat diperkukuhkan lagi apabila salah seorang penduduk malaysia yang telah lama menetap di Jepun berkata sedemikian juga.
          Secara keseluruhannya dapat dikatakan bahawa teater The Secret Life Of Nora merupakan satu kejayaan terbesar lagi buat Datin Tiara Jaquelina dengan gaya pementasan, jalan cerita dan juga segala kehebatan yang ada.


  

Friday, 14 October 2011

Review Teater Juta-juta



sinopsis

      Teater juta-juta mengisahkan tentang perjalanan 3 orang rakan baik bekas graduan universiti. Mereka bertiga telah lama bercadang ingin mementaskan sebuah teater di  salah sebuah panggung terhebat tanah air iaitu di Keraton Seni. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi membuat satu pembentangan bagi mendapatkan tajaan atau sokongan padu orang atasan bagi mencapai hasrat mereka. Namun, segalanya tidak semudah yang mereka fikirkan. Semasa  sesi pembentangan berlangsung dihadapan Pengarah Keraton Seni. pengkritik-pengkritik teater terhebat dan juga dihadapan penaja-penaja yang ingin menaja, mereka mengimbau kembali kenangan dan juga pahit getir mereka  dengan bidang teater tanah air semasa zaman belajar dahulu. Sesi pembentangan diteruskan lagi sehingga mereka berselisih faham sesama sendiri dan akhirnya menyalahkan pihak lain.

Akhirnya, salah seorang daripada mereka mengeluarkan idea bernas bagi melengkapkan lagi teater tersebut sekaligus untuk mendapatkan penaja.


Review

         Pementasan teater juta-juta adalah hasil daripada saudara Fasyali Fadzli yang juga  merupakan pengarah bagi teater ini. Pementasan teater ini amat berjaya dipersembahkan dan menarik minat penonton walaupun hanya menggunakan tiga orang pelakon sahaja. Pelakon-pelakon tersebut terdiri daripada palajar Uitm iaitu Anas Ridzuan, pelajar UM iaitu Fazleena Hishamuddin dan juga pelajar ASWARA iaitu Aloy Paradoks.  Mereka bertiga merupakan tunjang utama atau watak utama dalam teater ini, dan mampu menggalas sebanyak 12 watak yang berbeza dalam masa yang terlalu singkat dan padat. Oleh kerana kegigihan dan juga kecekapan para pelakon, teater ini telah berlangsung dengan gilang gemilang dan juga mendapat tepukan yang gemuruh daripada penonton. Malahan teater ini juga telah mendapat pujian daripada seorang Pensyarah Uitm.
         Pada awalnya, jalan cerita teater ini amat sukar untuk difahami tetapi lama kelamaan segala persoalan semakin terjawab, ini menyebabkan penonton semakin berfikir dan semakin ingin tahu apa akan berlaku dan bagaimana masalah tersebut diselesaikan. Jalan cerita sebegini bagi saya amatlah sukar dihasilkan kerana ia hendaklah mempunyai sejuta pemikiran. Saya amat kagum dan bangga dengan saudara Fashali fadzli kerana berjaya menyampaikan mesej teater ini kepada penonton.
        Selain itu, tidak ketinggalan juga usaha para pelakon terutamanya dari segi daya suara yang amat tinggi. Ketiga-tiga pelakon dapat mempertahankan nada suara masing-masing walaupun jelas kelihatan dalam diri yang mereka keletihan, namun segalanya tidak menjadi penghalang.
       Set yang diguna pakai juga tidak lah banyak seperti pementasan teater lain, ianya hanyalah menggunakan beberapa set sahaja namun Fashali amat kreatif dalam menggunakan set tersebut. Set yang sama tetapi digunakan dalam pelbagai kegunaan. Salah satu faedahnya adalah dapat menjimatkan bajet tetapi oleh kerana pandai menggunakan, pandangan tersebut dapat dielakkan. penonton tidak berfikir set yang sedikit untuk menjimatkan bajet tetapi penonton menganggap yang Fashali ingin menyerlahkan lagi daya kreatifnya dalam mementaskan teater.
        Inilah dikatakan, sesebuah teater tidak bergantung kepada kuantiti tetapi amat bergantung kepada kualiti yang dihasilkan. dapat dilihat, walaupun teater ini hanya dipentaskan di sebuah tempat yang kecil, set yang sedikit, pelakon yang tidak ramai, namun semua itu tidak menjadi penghalang untuk kita  menghasilkan sesebuah teater. Semuanya bergantung kepada  kualiti pelakon.jalan cerita dan juga pengarah  memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah pementasan teater.
       Dari segi pencahayaan pula, cahaya yang digunakan tidaklah semeriah teater lain, namun cahaya nya jelas dapat menggambarkan situasi atau keadaan yang ingin disampaikan.Dan kostume dalam teater ini juga hanya sederhana, kadang-kadang pelakon terpaksa menukar sendiri pakaian mereka walaupun dalam keadaan yang singkat. Situasi kelam kabut dapat dielakkan semasa penukaran pakaian dilakukan. disini dapat diberi contoh pada watak Aloy Paradoks yang memakai tengkolok di kepala. Secara visualnya, tengkolok tersebut telah mengganggu pergerakan dalam pementasan, namun Aloy pandai menggunakan kecacatan tersebut dengan membukanya dan pegang ditangan sambil memperbaiki. Penonton tidak sedar tujuannya begitu, dapat dikatakan disini, kebijaksanaan penonton juga amat penting dalam sesebuah pementasan teater.
secara kesimpulannya, teater juta-juta ini telah menyedarkan saya dan juga lapisan masyarakat yang lain bahawa bukan mudah untuk menghasilkan sesebuah teater lebih-lebih lagi jika kita tidak mempunyai orang yang berpengaruh. dan saya juga sedar yang Fashali ingin menyampaikan apa yang terbuku dihatinya selama ini. Teater ini juga menunjukkan realiti kehidupan seorang graduan pada suatu hari nanti. Akhir kata, pementasan teater ini amat jelas difahami dan segala mesej yang ingin disampaikan telah sampai. Hendaklah difahami disini untuk mementaskan sesebuah teater, berjuta-juta pendapat,pertelingkahan,pemikiran berlaku sepanjang menghasilkannya. Teater Juta-juta mungkin akan mampu menarik minat "berjuta-juta" penonton suatu hari nanti. Amin.....:) :)

ADOLPHE APPIA

Adolphe Appia adalah seorang tokoh utama dan merupakan orang pertama memahami konsep pencahayaan. beliau dilahirkan pada 1 september 1862 di Geneva, Switzerland. beliau meninggal dunia pada 29 februari 1928. selepas beliau meninggal dunia, teman-teman dan pengikutnya Jacques Copeau telah menulis sebuah penghargaan dimana mengangkat Appia sebagai Master's. Ayah Appia bernama Louis Paul Amedee Appia yang merupakan seorang doktor yang sangat dihormati manakala ibunya bernama Anna tetapi telah meninggal dunia ketika Appia berusia 24 tahun. pada asalnya ayah appia tidak mengizinkan appia terlibat dalam teater namun, appia telah meminta izin daripada ayahnya untuk bermain muzik dan sekali gus beliau dapat melibatkan diri dalam bidang teater. beliau juga pernah manjadi seorang pengarah artistik La Scala. Appia lebih tertarik dengan opera Wagner dan teorinya  tentang pementasan opera. walau demikian, beliau tidak berminat kepada pentas yang berbentuk procenium, kostum yang rumit dan juga set yang dicat. tetapi beliau lebih berminat dengan staging suggestive iaitu yang mencipta kesatuan artistik.Setelah sekian lama menjalani proses opera,beliau telah menyipulkan beberapa aspek yang menjadi satu sumbanganterawal beliau dalam visual diatas pentas, iaitu terdapat perpecahan pada visual dan gegaran berdasarkan gerak geri pelakon, lantai yang berada dalam keadaan horizontal dan banyak lagi.Appia juga pernah bekerja dibelakang tabir adalah untuk mempelajari setiap adegan dan juga mendalami bagaimana hubungan dengan pelakon,dialog,muzik,pencahayaan, yang digabungkan untuk mencipta kesatuan harmoni. Pada tahun 1906, beliau bertemu dengan Emile Jacques Dalcroze dan telah dipengaruhi oleh Dalcroze yang merupakan seorang pengasas Eurythmics.

           Antara karya-karya beliau adalah The Staging Of Wagner's musical Dramas(1985), Music And Stage setting(1899), The Work Of Living Art(1921).pada tahun 1923, beliau telah mempersembahkan Triston and Isolde untuk Arturo Toscanini. Pada tahun 1924, Appia telah mereka 2 bahagian kitaran Ring di Bassel. Pada tahun !925, Appia juga telah mereka set dan kostume bagi produksi Prometheus yang juga dipentaskan di Bassel.

Antara ciri-ciri kekereatifan beliau ialah telah memperkenalkan teori stage lighting menganjurkan 3 elemen dalam Mise En Scene dan pelbagai lagi....THanKs