sinopsis
Teater juta-juta mengisahkan tentang perjalanan 3 orang rakan baik bekas graduan universiti. Mereka bertiga telah lama bercadang ingin mementaskan sebuah teater di salah sebuah panggung terhebat tanah air iaitu di Keraton Seni. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi membuat satu pembentangan bagi mendapatkan tajaan atau sokongan padu orang atasan bagi mencapai hasrat mereka. Namun, segalanya tidak semudah yang mereka fikirkan. Semasa sesi pembentangan berlangsung dihadapan Pengarah Keraton Seni. pengkritik-pengkritik teater terhebat dan juga dihadapan penaja-penaja yang ingin menaja, mereka mengimbau kembali kenangan dan juga pahit getir mereka dengan bidang teater tanah air semasa zaman belajar dahulu. Sesi pembentangan diteruskan lagi sehingga mereka berselisih faham sesama sendiri dan akhirnya menyalahkan pihak lain.
Akhirnya, salah seorang daripada mereka mengeluarkan idea bernas bagi melengkapkan lagi teater tersebut sekaligus untuk mendapatkan penaja.
Review
Pementasan teater juta-juta adalah hasil daripada saudara Fasyali Fadzli yang juga merupakan pengarah bagi teater ini. Pementasan teater ini amat berjaya dipersembahkan dan menarik minat penonton walaupun hanya menggunakan tiga orang pelakon sahaja. Pelakon-pelakon tersebut terdiri daripada palajar Uitm iaitu Anas Ridzuan, pelajar UM iaitu Fazleena Hishamuddin dan juga pelajar ASWARA iaitu Aloy Paradoks. Mereka bertiga merupakan tunjang utama atau watak utama dalam teater ini, dan mampu menggalas sebanyak 12 watak yang berbeza dalam masa yang terlalu singkat dan padat. Oleh kerana kegigihan dan juga kecekapan para pelakon, teater ini telah berlangsung dengan gilang gemilang dan juga mendapat tepukan yang gemuruh daripada penonton. Malahan teater ini juga telah mendapat pujian daripada seorang Pensyarah Uitm.
Pada awalnya, jalan cerita teater ini amat sukar untuk difahami tetapi lama kelamaan segala persoalan semakin terjawab, ini menyebabkan penonton semakin berfikir dan semakin ingin tahu apa akan berlaku dan bagaimana masalah tersebut diselesaikan. Jalan cerita sebegini bagi saya amatlah sukar dihasilkan kerana ia hendaklah mempunyai sejuta pemikiran. Saya amat kagum dan bangga dengan saudara Fashali fadzli kerana berjaya menyampaikan mesej teater ini kepada penonton.
Selain itu, tidak ketinggalan juga usaha para pelakon terutamanya dari segi daya suara yang amat tinggi. Ketiga-tiga pelakon dapat mempertahankan nada suara masing-masing walaupun jelas kelihatan dalam diri yang mereka keletihan, namun segalanya tidak menjadi penghalang.
Set yang diguna pakai juga tidak lah banyak seperti pementasan teater lain, ianya hanyalah menggunakan beberapa set sahaja namun Fashali amat kreatif dalam menggunakan set tersebut. Set yang sama tetapi digunakan dalam pelbagai kegunaan. Salah satu faedahnya adalah dapat menjimatkan bajet tetapi oleh kerana pandai menggunakan, pandangan tersebut dapat dielakkan. penonton tidak berfikir set yang sedikit untuk menjimatkan bajet tetapi penonton menganggap yang Fashali ingin menyerlahkan lagi daya kreatifnya dalam mementaskan teater.
Inilah dikatakan, sesebuah teater tidak bergantung kepada kuantiti tetapi amat bergantung kepada kualiti yang dihasilkan. dapat dilihat, walaupun teater ini hanya dipentaskan di sebuah tempat yang kecil, set yang sedikit, pelakon yang tidak ramai, namun semua itu tidak menjadi penghalang untuk kita menghasilkan sesebuah teater. Semuanya bergantung kepada kualiti pelakon.jalan cerita dan juga pengarah memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah pementasan teater.
Dari segi pencahayaan pula, cahaya yang digunakan tidaklah semeriah teater lain, namun cahaya nya jelas dapat menggambarkan situasi atau keadaan yang ingin disampaikan.Dan kostume dalam teater ini juga hanya sederhana, kadang-kadang pelakon terpaksa menukar sendiri pakaian mereka walaupun dalam keadaan yang singkat. Situasi kelam kabut dapat dielakkan semasa penukaran pakaian dilakukan. disini dapat diberi contoh pada watak Aloy Paradoks yang memakai tengkolok di kepala. Secara visualnya, tengkolok tersebut telah mengganggu pergerakan dalam pementasan, namun Aloy pandai menggunakan kecacatan tersebut dengan membukanya dan pegang ditangan sambil memperbaiki. Penonton tidak sedar tujuannya begitu, dapat dikatakan disini, kebijaksanaan penonton juga amat penting dalam sesebuah pementasan teater.
secara kesimpulannya, teater juta-juta ini telah menyedarkan saya dan juga lapisan masyarakat yang lain bahawa bukan mudah untuk menghasilkan sesebuah teater lebih-lebih lagi jika kita tidak mempunyai orang yang berpengaruh. dan saya juga sedar yang Fashali ingin menyampaikan apa yang terbuku dihatinya selama ini. Teater ini juga menunjukkan realiti kehidupan seorang graduan pada suatu hari nanti. Akhir kata, pementasan teater ini amat jelas difahami dan segala mesej yang ingin disampaikan telah sampai. Hendaklah difahami disini untuk mementaskan sesebuah teater, berjuta-juta pendapat,pertelingkahan,pemikiran berlaku sepanjang menghasilkannya. Teater Juta-juta mungkin akan mampu menarik minat "berjuta-juta" penonton suatu hari nanti. Amin.....:) :)

No comments:
Post a Comment